Sunday, June 27, 2010

2010 SUKANEKA







Tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang telah menjayakan Hari Sukaneka TKB dengan jayanya..... Tahniah juga kepada semua yang hadir dan seterusnya bersama-sama menjayakan Hari Sukaneka ini...Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah memeriahkan lagi aktiviti ini....

Monday, June 7, 2010

CADANGAN

Kepada warga TKB yang mempunyai ide, cadangan @ nasihat bolehlah menghantar ke email untuk diwartakan kmzn_tkb@yahoo.com

Saturday, June 5, 2010

INFO SEMASA TKB

Mesyuarat JKPPTKB Kali 1 / 2010
Tarikh : 29.12.2010 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan TKB

Sungguh terkilan dengan kehadiran AJK dlm mesy kali ini... ada dikalangan AJK yang tidak mengambil berat dan prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan... secara tidak langsung ianya telah menyusahkan AJK2 yang hadir pada malam ini.... apa salahnya 5 sen atau 10 sen sebagai makluman menyatakan ketidakhadiran dalam mesy sedangkan sudah berulangkali dimaklumkan bahawa sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada yang berkenaan untuk tindakan susulan... walau bagaimanapun tahniah dan terima kasih kepada AJK yang hadir dalam mesy kali ini bagi membincangkan aktiviti dan agenda untuk kebaikan bersama...

Antara agenda yang dibincangkan :
1. Perlantikan AJK dan biro2
2. Aktiviti tahunan
3. Cadangan untuk menambahkan biro remaja
4. Menyediakan kemudakan api untuk dewan
5. Kutipan bayaran cukai tanah oleh Pejabat Daerah
6. Membaiki pulih dewan
7. Mengekalkan jumlah kutipan dana
8. Khairat kematian
9. Korban dan akikah bagi yang berminat

MAJLIS HARI RAYA & MESYUARAT AGUNG KALI KE 6
Selesai sudah majis jamuan hari raya & mesyuarat agung..terima kasih kepada semua AJK dan warga taman yang telah memeriahkan dan menjayakan majlis ini walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.. Namun begitu masih ramai warga yang tidak berkesampatan untuk hadir dalam majlis ini..walaupun begitu segala-segalanya tetap berjalan seperti mana yang telah dirancang . Terima kasih kepada AJK yang lama atas sumbangan dan kerjama yang diberikan selama memegang jawatan dalam JKPPTKB...dan kepada AJK yang baru, diharap dapat memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan..Tahniah juga kepada Pengerusi JKPPTKB yang baru, En Mazlan Bin Imam..Semoga perlantikan beliau akan lebih mewarnai Taman Koperasi Bena untuk masa-masa yang akan datang..InsyaAllah...

JAMUAN HARI RAYA & MESYUARAT AGUNG
AJK telah memutuskan untuk mengadakan majlis ini pada 2.10.2010 hari Sabtu, jam 8.45 malam di Dewan TKB... semua warga dijemput hadir....Kepada yang ingin menjelaskan dana bolehlah berbuat demikian kepada wakil2 jalan atau AJK yang berjiran bagi menampung kewangan majlis ini...

TAK MERIAH??
Tahun ini tidak seperti tahun2 lepas... "baraan" TKB agak kurang mendapat sambutan... tidak seperti tahun2 sebelumnya..meriah..siap berselisih di tengah jalan lagi..tapi tahun ini... kenapa ye... sampai ada juga rumah yang diberi salam tidak berjawab... nak kata kuih dah habis...x kan sampai camtu sekali..x nak melayan tetamu...mustahil...nape yerrrrr.... Maaflah kiranya jika ada yang tertanya2 nape baraan saya tidak sampai ke rumah... bukan tak sampai..dah lalu...dah salam..tapi......mungkin sibuk dengan kerja2 seharian kot... ataupun ada kerja luar yang perlu dilakukan pada keesokkan hari.... jadi di sini sahajalah saya mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk memohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya ada tersalah bahasa atau kekasaran tingkah laku daripada kami sekeluarga selama ini... Maafkan kami dunia dan akhirat....

RUMAH TERBUKA...
terima kasih kepada tuan rumah yang telah menjemput ke rumah terbuka.. secara tidak langsung ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita...

APA NAK JADI PADA DANA TKB???
Tak tahulah dimana silapnyer.... mengikut pengiraan bendahari masih ramai dikalangan warga yang masih belum menjelaskan dana & jamuan hari raya... walaupun surat makluman telah dikeluarkan untuk pengetahuan semua... adakah wakil jalan tidak memainkan peranan?? itu bukan alasan kerana sebagai warga yang prihatin kita sepatutnye menjalankan kewajipan kita untuk kebaikan semua... Bayar je terus ke bendahari atau wakil yang ada.. tidak perlu menunggu saat2 akhir untuk membayarnyer....

MERIAHKAN HARI RAYA KITA...
Kepada semua warga TKB marilah kita sama2 memeriahkan hari raya tahun ini dengan saling kunjung mengunjungi jiran2 setaman... dengan ini akan lebih mengeratkan tali persaudaraan & silaturrahim antara kita... saling maaf-bermaafan...buang yang keruh ambil yang jernih.... InsyaAllah...

UPSR ???
Ha!! raya2 gak tapi buku jangan plak dilupakan...kepada anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21hb ini beringat2lah yer... jangan makan kuih & minum air berasid banyak sangat...& yg paling penting jangan main mercun @ merempit yang berlebihan....ingat 2.....

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN & REWANG BATU 8 IJOK..
& PERJUMPAAN IDILFITRI...
Dijemput kepada semua warga TKB untuk turut sama menghadirkan diri dalam majlis ini pada:
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 2.15 petang
Tempat : Dewan Generasi Warisan ( Dewan Wak Rep )

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!
Kepada semua warga TKB... Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin... Kepada warga yang pulang ke kampung, selamat jalan & berhati2 sewaktu memandu.. semoga selamat sampai walau kemana jua destinasi yang dituju...& kepada warga yang tidak balik ke kampung, sama2 lah menjaga keselamatan taman...

SUKANEKA...
Terima kasih kepada semua warga yang telah sama-sama menjayakan serta memeriahkan lagi Hari Sukaneka TKB tahun ini...Di harap aktiviti-aktiviti seumpama ini akan dapat dikekalkan dan diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang demi mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga TKB... Tahniah sekali lagi....

PELANTIKAN JKPP 2011/12
Kepada warga TKB boleh fikir2kan untuk melantik JKPP yang baru bagi meneruskan perjuangan TKB untuk sesi yang akan datang...Pemilihan akan dibuat dalam mesyuarat agung yang diadakan pada jamuan hari raya tahun ini....ayuh semua tunaikan kewajipan anda demi kebaikan TKB...

APA DAH JADI??
TKB dah jadi mini zoo...Biar betul..Jika benar, anak-anak dah tak perlu lagi pergi ke zoo kerana di sini pun sudah dihijrahi oleh haiwan-haiwan yang berkeliaran tidak kira siang atau malam. Nak kata haiwan-haiwan ini haiwan ternakan warga TKB, rasanya tidak..Kerana warga TKB sedia maklum akan hidup di taman dan dikeliling oleh jiran-jiran tetangga. Apa yang kita perlu lakukan untuk membasmi gejala penghijrahan ini....Adakah kita perlu menyediakan penempatan khas untuk imigran2 asing ini...

DANA TKB..
Tidak lupa kepada semua warga yang belum menjelaskan dana taman dan jamuan hari raya bolehlah berbuat demikian dengan kadar yang segera. Ini memandangkan segala aktiviti taman bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh warga yang prihatin...Bayaran boleh dibuat kepada wakil2 jalan yang telah dilantik atau pun terus kepada bendahari taman...Terima kasih atas kerjasama yang diberikan agar semua aktiviti2 dan program2 yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya...

AKTIVITI CUTI SEKOLAH....
Perhatikan anak2 kita semasa musim cuti sekolah ini. Perhatikan dan nasihatilah anak2 kita terutamanya yang remaja agar dapat mengisi masa yang ada dengan melakukan aktiviti2 yang berfaedah...Kepada yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diharap dapat menggunakan masa yang terluang ini dengan sebaik2nya demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Buat lah agar ibu dan bapa kita berasa bangga dengan kejayaan kita..

ZOO NEGARA JULAI 2010